Mungkin dalam percintaan kite akan membuat kesalahan dan kesalahan itu akan merosakkan sesuatu perhubungan, di sini ada 4 tips yang boleh dijadikan rujukan untuk anda meminta maaf pada si dia....
1. Memilih Keadaan dan Masa.
- Pemilihan keadaan dan masa tu penting. Mohonlah maaf setelah amarah telah
kurang.Agak-agak pertelingkahan atau salah faham amat teruk, tunggulah beberapa hari
untuk memberi ruang masa untuk meredakan keadaan. Kekadang mintak maaf pada keadaan memuncak pun, boleh terkadang mendatangkan lagi masalah.
2. Akui kesilapan dan Perjelaskan
- Perkara yang paling susah sebenarnya untuk memohon maaf ialah mengakui kesilapan dan
kesalahan. Namun, maruah tidak akan jatuh seinci pun kalau perkara tadi benar-benar
dikesali. Pada masa ini, ego memang tinggi tapi, cubalah ketepikan kerana ia hanya akan
merumitkan saja keadaan. Jadi, perjelaskan kedudukan sebenar walaupan ianya
disengajakan.
3. Sedari Kesalahan dan Bertanggungjawab
- Perkara ini akan senang untuk dilaksanakan jika ego telah diketepikan. Sedarilah segala
perbuatan melukakan yang telah lakukan dan bertanggungjawab ke atas segalanya. Iklas
dengan apa saja langkah penyelesaian yang kita utarakan. JANGAN BOHONG..itu penting...
4. Sabar
- Bukan semua permohonan maaf boleh diterima. Sama jer macam kita mohon kerja,mohon
masuk universiti, mohon aper saje. Semua nak terima?? tak bukan. Nama pun MEMOHON
Jadi, sabarlah dengan balasan yang kita akan terima. Tapi, kita mohonlah dengan Ikhlas....itu
penting, mohonlah demi memlihkan hubungan dan yang paling penting mohonlah untuk
menyucikan hati. Insya-allah...
1 comments:
betul2.rara oenah buat mengikut syarat2 ni.mmg menjadi.
Post a Comment