3 Koleksi Lawak Pendek - Koleksi Hiburkan Hati

Sambil-sambil merehatkan diri dengan perkara-perkara yang tension, jom kita baca bahan-bahan bacaan yang boleh menghiburkan hari. Disini ada 3 Kisah Mencuit hati yang boleh dikongsi.

SHARE DENGAN RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG SHARE

Kisah Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal??
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
polis : ???

Kisah  Seorang lelaki pergi ke klinik mata.

Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Kisah  Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor

Pada suatu hari, ada seorang tua berjumpe dengan doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap....".

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata,

"Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 Doktor itu menjawab,

"Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk.

" Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."


0 comments:

Post a Comment