Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan
? Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ? Pernahkah engkau
membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ? Malam Pertama Di Alam Kubur - Sudahkan Bersedia untuk Mati
Sedarkah engkau
bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu
? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta
dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ? Apakah Malam
Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan
Sengsara?
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau
persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah
engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya
para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak
mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di
dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat
tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di
kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang
akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh
keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi
dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi
pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam
gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga
tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam
kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak
bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita
semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya
mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa
Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya.
Bila ia mendapati
hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap
dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca
ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat
amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun,
ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah
dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin
Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan
bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian
dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah
engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari
penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada
api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan
kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul
maut!”
Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa
datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya
selalu siap. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan.
Untuk
mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah
dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu
nihil.
Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan? Malam Pertama Di Alam Kubur - Sudahkan Bersedia untuk Mati
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan
dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam
pertama?
Wahai pemuda gagah
yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap
menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua
wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau
menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari
buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)
0 comments:
Post a Comment